mesin pencari

Kami menjual Grosir dan Eceran => Buka Hari Seni - Jumat (Tanggal Merah Libur) / Jam 08.00 - 17.00

Gambar Produk

Gambar Produk
sedia hena, golecha, chandni, rani, kajal, eye liner, cetakan hena, aksesoris hena

Minggu, 24 Maret 2013

Khasiat Buah Delima untuk Perempuan Mengandung

Khasiat Buah Delima untuk Perempuan Mengandung



Sebelum² ni aku kalau sebut buah delima mmg tak pernah masuk dalam list buah² an pilihan dalam fridge kat rumah tu, maybe satu dia ssh gak nk dapat (bermusim) pastu dia dh la kecik² nk makan mcm x puas...pastu dia agak mahal....huuuuuu


Tapi bila tgh peknen ni ramai gak yg cakap buah delima ni bagus untuk baby & juga omak ehh...Bila gOogle antara khasiat buah delima untuk ibu mengandung adalah kandungan asid folik (penting untuk pertumbuhan saraf bayi) dan zat besi (utk pembentukan darah). Bagus ni.. meh aku share kan kat sini ya. Antara lainnya menyebut :


Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.




hurmmmmm so benda bagus of coz la kena wat kan, lagi² utk baby ni ha....so hari tu masa bulan pose jalan² gi jalan tar (sekali tu jelah terlepas ke jln tar), itu pon dh dekat sgt nk raya baru berjalan, terjumpa lah pakcik yg selalu meniaga anggur, kadang² je dia jual delima ni kat depan medan selera yg jual berger tu (burger shark)...

jual dalam pinggan, 1 pinggan @ 3 bijik RM10, dalam hati ehhh buah delima lah...alang² dh ado murah lak tu sambar gak la... walaupon dah tau mesti agak kurang manis sbb tu murah, tapiii alahh beli je lah jgn banyak munyik....


bila balik rumah, tros makan, agak masam sikit...& warna pon kureng merah...padan la dgn harganya....kalau nk yg sedap pi carik yg harga dalam RM25 sebijik, konfemmmmm sedap..


bila lah leh dapat yg merah camni, sedapppnyeee...mintak ngan sapa² yg ke Mekah la, buah delima dari Mekah lebih apdal, hehehhehe



INI KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA..tak semestinya untuk wanita yang mengandun' je ye, semua pon ley dapat khasiatnye....

    • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
    • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
    • Menyingkirkan lemak berlebihan
    • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri (ni sukerrrr, hahaha)
    • Mencegah rasa mual
    • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
    • Mencantikkan kulit muka
    • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
    • Berupaya menghapuskan kahak
    • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
    • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Mencegah dan merawat kanser
    • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
    • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
    • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
    • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
    • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
    • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
    • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
    • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
    • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
    • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
    • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
    • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
    • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

****Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
 
Sumber : http://mushpunyer.blogspot.com/2012/08/khasiat-buah-delima-untuk-perempuan.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar